iklan

flash

banner

FLASH

nufnang

PENGIKUT SETIA

Friday, December 16, 2011

53. Perkahwinan Gay Pertama Lelaki Melayu Islam Malaysia

Perkahwinan Gay Pertama Lelaki Melayu Islam Malaysia

Tahniah kerana menghancurkan harapan ibu bapa dan pihak yang memasang harapan tinggi terhadap anda di dunia neh. Lihat bawah neh ;




          Seorang pemuda Melayu mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.

    Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.


      Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis 'perkahwinan' itu berlangsung.Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar 'suami-isteri'.Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.

SUMBER :UTUSAN

Wednesday, November 2, 2011

52. Permainan Angry Bird dimuat turun 500 juta kali



Permainan video telefon bimbit, Angry Bird keluaran firma Rovio, kekal menjadi permainan paling popular dengan rekod menunjukkan ia dimuat turun sebanyak 500 juta kali dalam tempoh dua tahun sejak ia dilancarkan.

Ketua Pemasaran Rovio, Peter Vesterbacka berkata, jumlah tersebut merupakan yang paling tinggi berbanding permainan video yang lain sebelum ini Angry Bird berada di carta teratas permainan paling popular sejak ia dilancarkan untuk telefon pintar keluaran Apple, iPhone pada pertengahan Disember 2009.

Monday, October 31, 2011

51. Gambar Peristiwa Objek Di Langit 1992


Pada 26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yang sangat aneh, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.
Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit. Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai spekulasi dan teori telah dibentangkan.
Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.

Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang.
Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan.
Benar atau tidak, peristiwa ini masih lagi menjadi misteri. Sungguhpun paparan imej di angkasa memang tidak mustahil boleh dilakukan dengan peralatan laser berteknologi tinggi, namun kita juga tidak harus lupa kepada kebesaran Allah.
Apa pendapat korang?

Thursday, October 20, 2011

50. Katak Paling OTAI


Katak Paling OTAI




Aku rasa katak ni memang taiko besar dalam spesis dia... Korang kenal Gamabunta? Spesis katak dalam cerita Naruto tu? Aku rasa ni la spesis dia... kekekeke senyuman berbisa tu, cuba tengok gambar yang seterusnya.


















Rea

Wednesday, October 19, 2011

49. ASAL USUL PERMAINAN ANGRY BIRDS..


ANGRY BIRDS WUJUD SEJAK 3000 TAHUN DAHULU



Sape tak kenal dengan game Angry Birds? Apa yang nasihangit nak maklumkan ini adalah satu penemuan yang bakal mengemparkan satu dunia. Korang tahu tak bahawa permainan Angry Birds telah wujud sejak 3000 tahun dahulu lagi? Buktinya ialah dengan adanya binaan stonehenge di U.K. Kalau tak percaya, sila teruskan bacaan untuk saksikan sendiri realiti ini.



Ha, kan betul ni? Stonehenge ni adalah baki binaan kubu yang tak runtuh. Muahaha :D

Friday, October 7, 2011

48. Ucapan Belanjawan 2012




Ucapan Belanjawan 2012

“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

MUQADDIMAH

Saya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim.

Tuan Yang di-Pertua,
Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam Al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti.

Seperti firman-Nya dalam surah Quraish ayat 3 dan 4:

“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini yakni Ka’abah, yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.”

1. Alhamdulillah, dipanjatkan sejuta pujian ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada rakyat dan negara Malaysia. Sebagai warganegara yang menganut pelbagai kepercayaan, kita mempunyai sebab yang bukan sedikit untuk melahirkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa.

2. Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh yang singkat, kita telah merubah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi. Sesungguhnya, kejayaan ini tidak datang bergolek dan tidak terhidang di atas dulang emas. Ia hasil ikatan antara Kerajaan dan rakyat yang telah bersama memecahkan ruyung-ruyung ketidakyakinan dan dogma dengan bertunjangkan perancangan sistematik dan pelaksanaan berkesan. Inilah limpahan rahmat kepada negara yang mempunyai kerajaan bertanggungjawab semenjak merdeka. Kerajaan yang bukan menjanjikan bulan, bintang ataupun cakerawala singgah ke riba tetapi ini adalah sebuah kerajaan yang saban hari memikir, mena’kul, merancang dan melaksanakan dasar serta prakarsa demi kerukunan rakyat dan kesejahteraan negara.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Kisah kejayaan seumpama ini, bukan satu kelaziman, ia sebenarnya satu keluarbiasaan. Jika diimbau, terdapat banyak negara di dunia yang mempunyai lebih banyak potensi untuk berjaya daripada Malaysia di awal merdeka, namun, mereka telah rebah tersungkur di tengah jalan walaupun mengendong sarat hasil bumi, malah, tidak terbeban pula oleh faktor garis rekahan yang berpotensi memusnah, seperti, kemajmukan kompleks, perbezaan sosioekonomi yang terikat dengan faktor etnik sekalipun pemisahan fizikal wilayah negara.

4. Jelas termaktub dalam sisir masa, cerita kejayaan pembangunan Malaysia bukan semata-mata kisah yang dilakar di bilik-bilik Lembaga Pengarah bangunan-bangunan pencakar langit. Ia adalah citra yang dinukil pak tani di sawah, nelayan di laut, peneroka di ladang, penoreh getah di estet, penanam sayur di pinggir bandar, pekerja industri di kilang-kilang, usahawan-usahawan bertatih di juang niaga, barisan penjawat awam, guru dan pendidik di bilik-bilik darjah, para pensyarah di kuliah, anggota keselamatan di medan-medan, para profesional, budayawan, seniman, pendek kata seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, kepercayaan, gender mahupun status ekonomi.

5. Setelah 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang yang masing-masing berpayung di bawah Dasar Ekonomi Baru antara 1971 hingga 1990, Dasar Pembangunan Nasional melewati tempoh-tempoh 1991 sampai tahun 2000 dan Dasar Wawasan Nasional yang merentasi 2001 hingga 2010, hari ini, kita sederap untuk menyambung langkah menuju negara maju berpendapatan tinggi.

6. Seperti mana semua mengetahui, saya telah memulakan pentadbiran ini dengan menggariskan falsafah pemandu 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kemudian, ia telah disusuli dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan 7 NKRA, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 12 NKEA, Model Baru Ekonomi dengan 8 SRI dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik yang akan menyaksikan proses besar islah undang-undang bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang moden, progresif sekaligus demokrasi yang berfungsi. Selain itu, dari masa hingga masa, bagi melengkapkan segala-galanya, Kerajaan akan memetakan lagi beberapa program transformasi sektoral. Kemuncaknya, kesemua program dan inisiatif ini akan berpayung pada Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang mula berlangsung pada tahun 2011 sehinggalah 2020.

Tuesday, October 4, 2011

47. Lelaki kahwin lewat anak kurang bijak






WASHINGTON: Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut.
Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’, merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit.
Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010.

Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma.

Analisis seterusnya untuk menentukan CNV asal di kalangan data daripada 118 orang mendapati 90 kes berasal daripada bapa dan tiga suku daripadanya kehilangan turutan DNA.

Penyelidik kemudian membahagikan responden memiliki CNV kepada dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai gen DNA berulang-ulang dan mereka yang tidak mempunyai DNA berulang-ulang. 
Penyelidik turut membandingkan usia ibu bapa dalam dua kumpulan itu dengan mereka yang tidak mempunyai masalah hilang upaya intelektual.

Kumpulan tidak mengalami DNA berulang-ulang, golongan paling ramai membabitkan lelaki pada usia lanjut yang memberi petunjuk kepada bagaimana memahami sebab CNV terbentuk, kata penulis.

Kesimpulan yang dibuat ialah peningkatan CNV baru tidak hanya disebabkan oleh DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan, kata penulis.

“Sebagai rumusan, data kami buat pertama kalinya meyakinkan bukti bahawa faktor CNV bapa paling besar menjadi faktor kepada kelemahan intelektual,” katanya. Kajian itu disiarkan secara dalam talian oleh Jurnal Perubatan Genetik. 

Thursday, August 4, 2011

46. 50 Universiti Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2011





You might also like:

50 Universiti Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2011:

1. Universiti Sains Malaysia
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. Universiti Malaya
6. Universiti Malaysia Perlis
7. Multimedia University
8. Universiti Teknologi Mara
9. Universiti Malaysia Pahang
10. International Islamic University of Malaysia

45. Awas Internet Kurangkan Pahala Puasa




Share46
Awas Internet Kurangkan Pahala Puasa
Salam dan selamat pagi semua, semoga pagi Ramadhan ini kita semua ceria dan dapat berpuasa dengan tenang. Di zaman kita ini iaitu zaman IT ini, penyebab kurangnya pahala puasa boleh berlaku mungkin secara tidak sengaja. Kalau tak percaya cuba renung-renungkan apa yang anda buat dengan Internet di hujung jari anda? Jom baca beberapa benda yang kita mungkin tak sengaja melakukannya:
Perkara yang mengurangkan pahala puasa:
1. Online Facebook – Online facebook boleh mengurangkan pahala puasa kita sekiranya kita mempunyai 20 akaun palsu facebook dan pada bulan puasa, sibuk pegi post benda-benda merapu, fitnah orang tidak tentu pasal atau paling tidak, jadi stalker untuk mengintip awek-awek yang cuma mengenakan singlet pada profile picture. Tambah kurang apabila kita menghantar mesej berbaur kelucahan seperti “awak ni seksi la” ataupun “wanna laugh.??”.
2. Ber Twitter – Kalau yang ada akaun twitter, pasti akan aktifan mengetweet. Pahala puasa boleh menjadi kurang apabila kita sering meng-retweet atau mengeshare berita-berita dari Fox News. Sebagaimana yang kita tahu, Fox News adalah pembohong nombor satu di dunia. Tambah kurang pahala apabila kita re-tweet mesej dari orang lain seperti “fuck i love big apple donut” atau pun membaca twitter orang lain yang berbunyi “OMG, awek itu sangat seksi dengan memakai bra warna merah dan spender kaler kuning” lalu anda membayangkan situasi tersebut.
3. YM/Skype/GTalk/MiRc – Siapa cakap chatting tidak boleh kurangkan pahala puasa.?? kalau chatting sambil sex chat dengan awek dari filipina pada siang hari silap-silap boleh membatalkan puasa beb.
4. Menulis email – Menulis email jugak tidak terlepas. Apabila anda menulis email yang hendak ditujukan pada submit[a]myfirstsexstory.com pada siang hari juga dilarang pada waktu siang hari.
5. Outing Photography – Tidak terlepas, geng-geng photography yang kewl juga perlu berhati-hati. Outing di siang hari pada bulan ramadhan dengan tema “Bikini girl potrait picture” sangat-sangat bole mengurangkan pahala.
6. Bermain Game – Kaki gamers, jangan bermain seven sin di siang hari. Kalau yang kaki Sim City tu, jangan pegi buat mission yang perlu bawa awek balik rumah, have sex dan kemudian mandi bersama-sama. Nanti anda akan terbayang diri anda sedang membuat adengan tersebut dan secara tidak langsung, anda jadi basah secara tidak sengaja.

Sunday, July 31, 2011

44. JADUAL WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BG DAERAH2 DI NEGERI JOHOR TAHUN 2011


43. Maksud Syaitan Dirantai dan Dibelenggu Dalam Bulan Ramadhan

Maksud Syaitan Dirantai dan Dibelenggu Dalam Bulan Ramadhan


Realiti yang berlaku, kita menyaksikan sebahagian umat Islam yang berpuasa masih ada yang melakukan maksiat di dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar itu, bahkan berlaku juga rasukan jin dan syaitan di dalam bulan Ramadhan, termasuk yang dirasuk itu di kalangan umat Islam yang berpuasa. Jika begitu keadaannya, apakah maksud hadith Nabi saw yang menyatakan syaitan itu dirantai dan dibelenggu dalam bulan Ramadhan ? Nabi saw bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ



Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai melakukan fitnah kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.

al-Syeikh ‘Atiyyah Soqr menyebut beberapa ulama yang mensyarahkan hadith ini menyatakan yang dimaksudkan dibelenggu ini ialah tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat sebagai memenuhi sabda Nabi saw :

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ والْعَمَلَ به فليس لله حاجة في أن يَدعَ طعامه وشرابه

Maksudnya : “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji, maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkannya.” (HR al-Bukhari)

Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil/melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith :

تصفد فيه مردة الشياطين

Maksudnya : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/melampau.”
Ada pula yang berpendapat ianya membawa tanda para malaikat masuk ke dalam bulan Ramadhan sebagai membesarkan dan memuliakannya bagi menghalang para syaitan menggoda orang-orang mukmin. Ia boleh juga membawa isyarat kepada banyaknya pengampunan dan balasan pahala yang diberikan di dalam bulan Ramadhan menyebabkan syaitan menjadi seolah-oleh dibelenggu. Ini dikuatkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Yunus daripada Ibn Syihab di sisi Muslim :

فتحت أبواب الرحمة

Maksudnya : “Maka dibuka pintu-pintu rahmat.”



Maka dibelenggu syaitan itu adalah perumpamaan melemahkan syaitan dalam menyesatkan umat Islam dan menghiasi syahwat mereka.

Al-Imam al-Qurthubiy pula berkata : “Maka jika dikatakan bagaimana kita boleh melihat beberapa kejahatan dan maksiat berlaku dalam bulan Ramadhan secara banyak, jika dibelenggu para syaitan sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Maka jawapannya ialah : “Sesungguhnya semua itu kurang berlaku pada orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang memelihara syarat-syaratnya dan meraikan adab-adabnya, atau (yang dimaksudkan) dibelenggu sebahagian syaitan, iaitulah syaitan yang degil/melampau, (sebaliknya) bukan semua syaitan seperti yang terdapat di dalam sebahagian riwayat (hadith), atau maksudnya mengurangkan kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ternyata berlakunya kejahatan dalam bulan Ramadhan itu lebih kurang berbanding bulan yang lain, demikian juga tidak semestinya dibelenggu kesemua syaitan tidak berlakunya kejahatan dan maksiat, kerana ada juga sebab lain selain syaitan (yang membawa kepada kejahatan) seperti jiwa yang sememangnya jahat, dan kebiasaan yang jelek dan syaitan manusia.”

Al-Syeikh Muhamad bin Soleh al-Uthaimin ketika ditanya tentang persoalan ini menjawab :

“Di dalam sebahagian riwayat hadith (maksudnya) : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/derhaka.” Atau (dengan lafaz) Tughallu di sisi al-Nasaie atau yang seumpamanya yang termasuk dalam perkara ghaib yang mana hendaklah kita menerima dan membenarkannya, dan kita tidak membicarakannya lebih daripada yang itu, sesungguhnya inilah yang lebih selamat bagi agama seseorang dan lebih baik untuknya…. kemudian secara zahir dibelenggunya syaitan itu (adalah membawa maksud dibelenggu) daripada memesong/menyesatkan manusia disebabkan banyaknya kebaikan dan (mereka banyak) kembali (bertaubat) kepada Allah dalam bulan Ramadhan.”
(Sila lihat fatwa di dalam islam-qa dan islamonline.net)

Wallahu a’lam.

Friday, July 29, 2011

42. KELEBIHAN RAMADHAN








Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Monday, February 21, 2011

39. Azizulhasni finishes race with splinter through leg







MANCHESTER, England (AP) - Azizulhasni Awang won a bronze medal at cycling's Track World Cup on Saturday, and boy did he earn it.
The Malaysian rider managed to get back on his bike after a high-speed crash in the Keirin final and stagger across the line, but it was only afterward that the full extent of his injury became clear.
Pictures showed a large splinter of wood from the track had gone right through his left calf. Azizulhasni was given third, but missed his moment on the podium because he was on his way to hospital.



Malaysia's Azizulhasni Awang collapses with a splinter through his lower leg after a crash in the men's Keirin final. -AP Photo/Jon Super
His bronze was enough for him to capture the series title ahead of Britain's Chris Hoy, who won Saturday's race.
Hoy was one of only two riders who completed the race without falling. He said he did not realize what had happened behind him until he crossed the line.
"I was punching the air and showboating as I always do and when I came by the scoreboard I saw the officials pointing," Hoy was quoted as saying by the Press Association. "I saw one guy, then two and then three, but with the noise of the crowd I couldn't hear. "It was pretty nasty."



A splinter is seen through the leg of Malaysia's Azizulhasni Awang after a crash in the men's Keirin final during the Track Cycling World Cup. -AP Photo/Jon Super
The crash involved four riders: Azizulhasni, Poland's Kamil Kuczynski, Edward Dawkins of New Zealand and Juan Peralta Gascon of Spain.
Azizulhasni got back on his bike, while Dawkins pushed his over the line. Peralta ran to the finish line without his bike and was disqualified.
"Awang is always in there with the rough and tumble so it's almost inevitable it's going to happen to him at some point," Hoy said.

Thursday, February 17, 2011

38. My Photo Collection

korang tgok la hasil buah tangan dr aku..malas aku nk komen pasal pic ne..korang je la komen.hehe



























iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...