iklan

flash

banner

FLASH

nufnang

PENGIKUT SETIA

Thursday, December 16, 2010

28. Erti D.U.I.T dalam Islam


Erti D.U.I.T

D

Kita memerlukan D. D = Doa. Pasti kita perlu doa untuk berjaya di dunia dan akhirat, semua orang di dunia ini mesti berdoa untuk sukses dan jika kita rajin beribadah,pasti doa kita akan dikabulkan Allah SWT.Namun jika doa kita tidak dimakbulkan, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya Allah SWT yang mengetahui.

U

Kita memerlukan U. U = Usaha. Setelah berdoa kita perlu usaha. Doa tanpa usaha bagaikan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. Percayalah walaupun kita berdoa sepanjang hari tanpa berusaha susah doa kita akan terkabul.

I

Kita memerlukan I. I = Ikhtiar. setelah Usaha kita perlu Ikhtiar. Ikhtiar adalah usaha manusia untuk memenuhi keperluan dalam hidupnya, samada material, spiritual, kesihatan, dan masa depannya agar tujuan hidupnya selamat sejahtera dunia dan akhirat terpenuhi. Jika kita telah berusaha tetapi tidak berjaya kita berikhtiar dengan mencari di mana silapnya usaha kita itu dan mungkin juga cara kita berdoa.

T

Kita memerlukan T. T = Tawakal. Setelah kita melakukan yang diatas kita perlu Tawakal. Tawakal adalah pasrah kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Jangan berputus asa jika kita belum ditakdirkan mendapat apa yang kita citakan.
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Wednesday, December 15, 2010

27. PERISTIWA BERSEJARAH PADA 10 MUHARAM

PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN MUHARAM


Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula
dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam
juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa
yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah
kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya
sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang
terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda
kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah
mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah,
namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang
sungguh bernilai.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru
berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada
hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi
tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah
memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka
kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:

"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."

Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain
kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada
keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini.
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa
pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis
ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan
bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah,
Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana
banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping
ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan
ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.

"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan
memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi
pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang
mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari
Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu
darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw
dan mengenyangkan perut mereka."

Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari
Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari." Jawab
Rasulullah, "benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari
Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan
laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari
Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan
menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada
hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan
menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah
memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga
kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan
terjadi pada hari Asyura."

Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa
kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat
mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya
memohon keampunan.



Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah
sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka
diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini
mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya
Firaun,

Sunday, December 5, 2010

26. Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1432


Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah


Selasa ini, kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. Aku kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang esok (Selasa, 7 Dec 2010). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…
Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.
doa-akhir-tahun
Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
doa-awal-tahun

Saturday, December 4, 2010

25. Fakta Pelik Tapi Benar..



*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. 

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia. 

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal. 

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya. 

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya. 

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya. 

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica. 
*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter. 

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A. 

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. 

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. 

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius. 

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer. 

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya. 

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga. 

Friday, December 3, 2010

24. Subsidi petrol, diesel, gula, LPG dikurangkan mulai esok

Berita Harian Online | Subsidi petrol, diesel, gula, LPG dikurangkan mulai esok

KUALA LUMPUR: Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai esok. 

Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.


Minyak RON 95 naik 5sen. Harga baru RM.1.90 seliter.


Harga baru gula RM2.10 sekilo.


Tuesday, November 30, 2010

23. Barcelona 5-0 Real Madrid Spanish League 29/11/2010

">

22. Suhana Ramlan atlet terbaik Sukan Paralimpiad XV (Anugerah Olahragawati)

Mohd. Ziad, Suhana atlet terbaik Sukan Paralimpiad XV

MohD. Ziad Zolkifli (kiri) dari Wilayah Persekutuan dan Nur Suhana Ramlan dari Johor dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukan Paralimpiad Ke-15 yang menutup tirai di Stadium Hang Jebat, semalam.

MELAKA - Mohd. Ziad Zolkifli dari Wilayah Persekutuan dan Nur Suhana Ramlan dari Johor dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukan Paralimpiad Ke-15 yang menutup tirai di Stadium Hang Jebat, semalam.
Mohd. Ziad mencipta dua rekod kejohanan dalam acara melempar cakera dan melontar peluru, manakala Suhana pula cemerlang dengan tiga rekod dalam acara melempar cakera, melontar peluru dan merejam lembing.
Sarawak, yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan buat kali kesembilan berturut-turut sejak 1994 pula, turut meraih dua gelaran lagi apabila memenangi Piala Gerakan Paralimpik iaitu pasukan paling banyak meraih pingat dan Piala Jaguh Negeri untuk pasukan paling banyak meraih pingat emas.
Bagi Piala Gerakan Paralimpik pula dimenangi oleh kontinjen dari Wilayah Persekutuan sebagai negeri paling banyak menyertai sukan yang dipertandingkan sepanjang enam hari temasya berlangsung.
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang turut merasmikan majlis penutupan temasya tersebut.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman; Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Zainal Abu Zarin; Pengerusi Jawatakuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat.
Selepas Melaka, giliran Pahang pula menjadi tuan rumah Sukan Paralimpiad XIV pada 2012.
Kontinjen Sarawak muncul juara keseluruhan selepas meraih 68 emas, 91 perak dan 74 gangsa, diikuti Johor muncul naib juara dengan 54 emas, 28 perak dan 46 gangsa, manakala Kuala Lumpur menduduki tempat ketiga dengan 41 emas, 35 perak dan 46 gangsa.
Selangor pula berada di tempat keempat dengan 31 emas, 25 perak dan 28 gangsa, manakala tuan rumah Melaka pula sekadar berada di tempat kelima dengan 23 emas, 33 perak dan 33 gangsa.
Temasya enam hari itu yang bermula 21 November lalu disertai 1,926 atlet dan pegawai dari 15 buah negeri yang berkampung di Melaka, menyertai 16 acara sukan yang dipertandingkan pada temasya kali ini.
Sebanyak enam kategori kecacatan akan dipertandingkan iaitu Orang Kurang Upaya Anggota (OKU), OKU Penglihatan, OKU Spastik, OKU Akal, OKU Pendengaran dan Orang Kerdil. Utusan Malaysia Online

Thursday, November 25, 2010

20. Manfaat dan Rahsia Di Sebalik Solat


Manfaat Solat

Selain sebagai tuntutan agama, amalan solat juga boleh memberi kita manfaat senaman minda dan jasmani dan memberi kita jiwa yang tenang dan sabar. Pergerakan solat yang dilakukan berulang kali setiap hari mampu dan menghindar dari segala penyakit jasmani seperti lemah jantung, darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai penyakit fizikal yang lain.
1. POSISI PERTAMA
Berdiri lurus dan kedua tangan di angkat ke atas.
FAEDAH
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan kita tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud , otot-otot atas dan bawah bahagian belakang akan merasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

19. Filem Kongsi 2011

Sinopsis Filem Kongsi: Lu Langsi, Lu Mati

Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.

Monday, November 22, 2010

16. Kelebihan Wanita


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki  yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang  
   tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya  (susu badan) akan dapat   
   satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang  diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan 
   mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang 
   sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan 
  kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan  kemudian menjaga 
  adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
  suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di  
  dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10.  Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan 
   diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 
   tahun pahala ibadat.

Sunday, November 21, 2010

15. FAKTA MENGENAI HAIWAN YANG ANDA LANGSUNG TIDAK TAHU....

  • Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya. 
  • Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua. 
  • Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia 
  • Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu. 
  • Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.
  • Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.
  • **** betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas. 
  • Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap. 
  • Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.


  • Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci. 
  • Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang. 

Saturday, November 20, 2010

14. Fakta yg anda tak pernah ambil tahu..

# Sebelum Masehi, Bahasa Inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini).

# Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.

# Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.

# Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

Friday, November 19, 2010

13. Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Dan Setem Anda




Sebuah artikel ditulis “Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.

Beliau
tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya
Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil
pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk
mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan

bengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus
berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada
lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian
x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan
pada
lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca
benjol
pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian
yang
benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyang
dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.
Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda
yang
terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”
“Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul
surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”
“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak
membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.
“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

Thursday, November 18, 2010

12. baru beli motor baru....



mggu lpas cter psal bumper keter..kali ne nk citer pasal motor plak..
ceriteranya bermula bermula.

aku dah mula belajar naek moto sejak berumur 10 taun lg..dan mase kecik2 dulu mmg bercite2 nk bli moto besar..nmpak macho..xkena speed trap..xpyah bayar tol..boleh bergerak lg pantas dari moto honda bulat c70 (moto rasmi aku g sekolah dulu)

*honda c50 sgt popular pd seketika dulu..dulu ade sebijik buat tarik gerabak sawit..haha

tggalkn cter psal honda bulat ne..erm..time sekolah dulu abes moto bapak aku bikin bia nmpak lawa..(aku mnt benda chantek, suke modified) tp time tu nk dpt duet pn ssah..solek ala kadar jer..asal boleh bwk g sekolah.(sedey jer dgr..huu).

tmbul mnat utk mmbeli moto besar sejak aku tgok micheal doohan race..rase mcm bes jer..nk buat aksi amek conner smbil lutut asah kt trek (boleh tajam katenye)..boleh buat 'wiley' dan 'vikang'...
MMG ADE STYLE DUDE.!!!..




skrg dah keje.dh ade duet sndiri..mmg ade hati nk beli motor berkuasa tggi..
aku try usha website motor utk tgok lebey detail moto yg aku nk beli tu.. 
tp harga mahal..lg mahal dr makhluk hitam aku..
aku try plak tgok kt kedai2 moto kt area BP..
harga pn lebey kurang same jer..


tibe2 ade mmbe aku ckap kt stesen minyak ade jual moto...lg murah..xpyah downpayment, xyah garento, xpyah pnjam dr bank, apatahlg payslip 3 bulan kerja, tu pn dye xnk...
MCM  X LOGIK JER...


aku try usha la..
mmg btol la..
"lg murah..xpyah downpayment, tidak perlu byr roadtax, apatah lg insurans 1st party"


Ducati Desmosedici GP10 
*ne la moto yg aku beli...mmg mmpu milik...haha

*semasa hari pelancaran.mmg mantop!!


*berkuasa kuda 1500hp




motor ne xde stand..trpaksa la bawk dye pnye penyangga kemana2.haha






harap suatu hari nnti aku akan dpt naek moto ne dan seterusnye naek podium Moto GP sebelah Rossi..haha
|
|
\/
 .
.
.
.
.

abes dah..smbung episod sterusnye...
(CERITA HANYA SEKADAR SUKE2 JER..HAHA..)








Sunday, November 14, 2010

11. hadiah utk permata hitam ku...

.
dah lame aku x update blog..sbb aku ne xtau nk 'ngayat' kt blog..haha
erm..pd mlm yg sgguh sejuk ini tbe2 timbul ilham dan  smgt nk update kt blog ne..
ceritanye bermula begini.....

setelah bumper 'dilanggar' oleh makhluk berkaki pendek (lu pikir la sendiri..) aku dah bercita2 utk menukar yg baru..dan pada mggu lpas tanpa pkir pjg aku telah mmbeli sebijik bumper R3 neo..mmg gmpak beb...nmpak smart 
(tp xmmpengaruhi kelajuan pon) .hehe

*para jurutera R3 bertungkus lumus menyiapkn kerja2 modified keter aku



*smart x? (jgn tgok pd hargenye) hee
.
.
.
.



Brg kedua yg aku hadiahkan kpd makhluk hitam aku itu adalah GPS..senang ckit klu g travel mane2..semoga dgn GPS ini senang utk  ditunjukkan ke jalan lurus dan jalan yg diredhai oleh-Nya..amin..


wajah terbaru makhluk hitamku (lepas ne dah boleh join filem KL drift 3)..


bumper jer same walaupn enjin xsame..hehe




..

Saturday, August 14, 2010

9. diari seorang penceramah..




hari ne adalah hari paling mencabar yg pernah aku tempuhi sepanjang menjadi seorang guru..
aku telah ditugaskn untuk menjadi fesi atau bahasa sainsnya sebagai pnceramah...
ini adalah salah satu pogram anjuran Kaunseling sekolah dibawah pogram LDP (latihan Dalam Perkhidmatan)..



ceritanya bermula begini..sorg cg kaunselor telah menwarkn aku untuk mengadakan kursus berkaitan dengan bidang aku iaitu ICT..tanpa berfikir panjang aku pn menyahut cabaran tersebut dgn sukarela..walaupn berat hati mula2 tu, yela bg cermamah kt cg2 yg lg tua dari aku..nebes rasenye..dah la bulan pose...tkot kang tulang ikan sume kuar time aku ckap kt depan tu..

tajuk cermah adalah pada mulanya adalah berkaitan dengan penggunaan power point..tetapi telah diubah pada saat2 akhir dsbbkn sume cg2 ne dah power.
.hee..so aku pk nk buat kursus grafik editing yang paling sesuai xkn nk buat kursus kwen plk.haha...persiapan untk membuat bahan kursus amat suntuk..aku terpaksa prepare bahan kursus smpai kul 4 pg smntara menunggu waktu sahur..


pada hari kursus...
aku masuk jer bilik profesionalisme sume cg2 bertepuk tangan.."penceramah sudah dtg!!" menambahkan lagi nebes aku..huuu...tp aku layan kn jer.. smpai slot aku jer sume org bertepuk tangan..yela pnceramah muda la katekn..1st time plak tu..huhuu ..aku trus buat bese jer..mempekernalkn diri dan set induksi aku telah tayangkn video pinguin dgn telur nya..dan semuanya mmg amat tertarik dgn video ini..mnyebbkan aku lebey yakin untuk menyampai *ceramah pg ne..heee..sume laynn...........





perjalanan kursus ini amat memuaskn..smua cg2 ne terhibur dgn lawak2 aku yg x seberapa ..
..walaupn sblum ini aku xde pngalaman dlam bidang ini..tp skongan cg2 laen aku amat terharu skali..dan menmbahkan semgat aku untuk mengadakan cermah ini....

dibawah ini adalah beberapa bahan kursus aku...






ok..itu saje nk cter..lpas ne klu ade sesape nk suh bg aku ceramah boley la hubungi aku..heee
insyallah klu ad rezki nnt aku buat ceramah lg..bye..

















Tuesday, August 10, 2010

8. RAMADHAN AL-MUBARAK..

Bulan Ramadhan merupakan bulan suci yang merupakan bulan penghapus dosa dan pembebasan dari api neraka, banyak para kaum muslimin yang menunggu akan kehadiran bulan mulia ini. Pada bulan mulia (Ramadhan ) ini, Allah.SWT mewajibkan hamba-hambanya yang beriman untuk menjalankan ibadah puasa.Berpuasa dibulan Ramadhan merupakan suatu keharusan yang diwajibkan bagi seluruh orang-orang yang beriman. Allah.SWT berfirman :

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (QS : Al- Baqarah : 183 )

Image and video hosting by TinyPic

Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkannya Al Qur’an. Allah.SWT berfirman:

Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur`an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil).” (QS : Al-Baqarah: 185)

Pada bulan ini para setan dibelenggu, pintu neraka ditutup dan pintu surga dibuka.
Rasulullah.SAW bersabda:

Bila datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggulah para setan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Pada bulan Ramadhan pula terdapat malam Lailatul Qadar. Allah k berfirman:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur’an pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan hingga terbit fajar.” (QS: Al-Qadar: 1-5)

Penghapus Dosa

Ramadhan adalah bulan untuk menghapus dosa. Hal ini berdasar hadits Abu Hurairah z bahwa Rasulullah.SAW bersabda:

Shalat lima waktu, dari Jum’at (yang satu) menuju Jum’at berikutnya, (dari) Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (HR. Muslim)

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap ridha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Wednesday, June 30, 2010

7. Perkhemahan Kadet Polis Daerah Batu Pahat (26-29 Jun 2010) d'Punggai Beach Resort, Pengerang Johor

baru hari ne smpat nk updte blog..walupn pnat mggu ne xde cuti.huhu
nk cter ckit psl aktiviti mggu lpas dmane aku
mmbawa 11 org plajar sek aku g camping..punyela excited giler bdak2 ne nk g camping..besela bdak2, kite dulu pn same gak...
kitorg gerak secara berkonvoi..bdak2 naek trak polis, aku naek keter la..xkn naek trak plak..
perjalanan ke D'Punggai Beach Resort, pengerang mngambil mase lebey kurg 2 jam..
(198km dr bt pahat). Perkhemahan tersebut disertai seramai hampir 300 org pljr seluruh bt pahat diadakan selama 4 hari 3 malam. bes gakla.ramai jupe kwn2 baru.. :)

kiri : bersame budak2 sek aku yg kepala think tong sume lpas mandi laut..hee
kanan : maen masak2 utk mkn malam

mandi laut..diorg mcm x pnah jupe air laut..sbb kt yong peng xde pantai ..



hari last sebelum balik ke yong peng..smpt lg bergambar utk kenangan..



iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...